Bila tiba musim sekolah yang panjang, ada juga ibu ayah yang maklumkan tak dapat hadir ke sekolah sebab balik kampung. Tapi... inisiatif mereka sangat kami puji!
Mereka tetap bawa pulang buku-buku untuk anak buat ulangkaji di kampung. Terbaiklah buat ibu ayah!
Tahniah kepada semua ibu ayah yang cakna dengan keperluan pembelajaran anak-anak. Inilah yang akan beri kesan besar pada perkembangan mereka.
👉🏻 Buat semua pelajar:
Rajin-rajin ulangkaji ya. Buat 10 minit pagi, 10 minit petang pun dah ok dah tu. Jangan lupa hadir ke kelas nanti ya
Ingat, membaca itu jambatan ilmu semakin kita berlatih, semakin hebat hasilnya!
Semoga Allah permudahkan segala urusan anak-anak ini dalam menuntut ilmu dan jadikan mereka insan yang berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah. 🤲🏻💖
#CepatMembaca
#SPLC
# SinarPalmaLearningCentre
#AnakSukaMembaca