Utusan Malaysia, Isnin 23 September 2002
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berkemampuan membaca dengan lancar dalam tempoh tiga bulan melalui kaedah membaca pantas Electic-Express reading approach (e-Xra). Perkara ini diakui oleh seorang ibu, Siti Ridiah abas, 43, yang mempunyai anak berusia lima tahun yang mampu membaca setiap perkataan dengan baik hanya dalam tempoh sebulan mengikuti kelas tambahan (tusyen) e-Xra.